Tentang Kami
Home / Tentang Kami
Saudagar Holidays Sdn Bhd
SSM 202201002920 (1448617-A) KPK/LN 12206
Journey & Experience, Crafting Sacred Journeys Through Experience & Care
Saudagar Holidays Sdn Bhd menampilkan pelbagai perkhidmatan perjalanan menyeluruh yang mengkhusus dalam Umrah, Haji, dan Pelancongan termasuklah antarabangsa dan domestik, serta perkhidmatan pengurusan tiket penerbangan, pengangkutan, servis hotel penginapan, ziarah, dan visa.
The Mahabbah merupakan sebuah agensi pelancongan Muslim yang bernaung di bawah Saudagar Holidays Sdn Bhd.
The Mahabbah
PERJALANAN UMRAH.
MADRASAH JIWA.
Pengenalan The Mahabbah
The Mahabbah merupakan sebuah agensi perjalanan Muslim yang bernaung di bawah Saudagar Holidays Sdn Bhd (1448617-A), ditubuhkan dengan matlamat memperkukuh penglibatan komuniti Bumiputera dalam industri pelancongan serta menyokong pembangunan ekonomi negara melalui sektor pelancongan.
Sejak awal penubuhan, The Mahabbah tidak hanya memberi tumpuan kepada “pelancongan ibadat”, tetapi lebih jauh daripada itu kami komited membantu umat Islam menghayati dan mengamalkan cara hidup Islam melalui pengalaman ibadah Haji dan Umrah yang tersusun, selamat dan penuh bimbingan. Misi utama kami adalah memastikan setiap jemaah meraih Haji yang mabrur dan Umrah yang makbul, seiring dengan kualiti perkhidmatan yang menjadi keutamaan kami.
The Mahabbah menawarkan pelbagai pakej Umrah dan Haji pada kadar mampu milik, disertakan penginapan bertaraf empat hingga lima bintang, kemudahan katering, serta pengurusan menyeluruh sepanjang perjalanan. Selain itu, kami turut menyediakan pakej pelancongan Muslim di seluruh Malaysia bagi menyokong usaha menggalakkan pelancongan domestik.
Seiring perkembangan industri, The Mahabbah terus melangkah ke hadapan dengan misi baharu yang lebih luas merangkumi pelancongan dalam dan luar negara, termasuk penyediaan perkhidmatan jualan tiket perjalanan. Dengan pengalaman dan kepakaran yang kukuh, kami komited memberikan pengalaman perjalanan yang selamat, tersusun dan penuh keberkatan kepada setiap pelanggan.
No Pendaftaran SSM
1448617-A
No Lesen MOTAC
KPK/LN : 12206
No Keahlian PAPUH
PP 1200
Motto The Mahabbah
Merupakan motto syarikat yang menjadi sandaran kepada anggota syarikat untuk memberi keutamaan khidmat layanan yang baik kepada semua pelanggan serta penawaran harga pakej yang berpatutan.
Vision
To become a sought-after Muslim Travel Journey & Experience provider, advocating delivering lasting spiritual impact and memorable sacred experiences.
THE MAHABBAH
Mission
Strategy
To provide professionally managed Umrah, Hajj, and Muslim travel services, guided by transparency, responsibility, and integrity from planning to return.
Design
To guide and support every pilgrim with knowledge, adab, and spiritual care, ensuring a calm, meaningful, and fulfilling journey of worship.
Implementation
To deliver current, practical, and customised travel solutions that meet the diverse needs of individuals, families, and groups.
Analysis & optimization
To build long-term trust through service rooted in mahabbah (care and compassion), contributing to a sustainable and ethical Muslim travel ecosystem.
what makes us different
The values we live by
TRUST (Kepercayaan)
Memelihara dan memperkukuh kepercayaan pelanggan dengan menyampaikan perkhidmatan yang menepati janji, standard dan jangkaan yang telah ditetapkan.
FRIENDLY (Mesra)
Mengurus setiap program dan perkhidmatan dengan layanan mesra dan empati, khususnya kepada pelanggan yang memerlukan perhatian kesihatan, pelanggan OKU serta warga emas, bagi memastikan tahap layanan mencapai KPI yang ditetapkan.
PRIORITY (Keutamaan)
Menjadikan setiap pelanggan berasa dihargai dengan memberikan layanan premium, tindak balas yang pantas, proses yang cekap serta pengalaman yang istimewa.
GUIDANCE (Bimbingan)
• Menyampaikan bimbingan Umrah dan Haji yang mudah difahami, teratur dan menekankan nilai ibrah melalui Sirah Nabawiyah. • Menyediakan tour guidance berkualiti tinggi bagi mencipta pengalaman percutian terbaik untuk pelanggan Muslim Tour dan lain-lain.
TEAMWORK (Kerjasama)
• Memupuk semangat kerjasama dalam menyempurnakan setiap tugasan agar kualiti perkhidmatan berada pada tahap tertinggi. • Memahami peranan setiap jabatan dan divisyen untuk mencapai objektif KPI bersama secara bersepadu.
CLARITY (Kejelasan)
• Mengamalkan komunikasi yang jelas, telus dan mudah difahami dalam setiap urusan melibatkan pelanggan. • Membudayakan penyampaian maklumat yang telus dan teratur antara rakan sekerja serta pihak pengurusan untuk memastikan kelancaran operasi.
Sejarah The Mahabbah
Berniaga Online
Default description
2009 - 2019
Johor - Bangi - Pahang - Shah Alam
Permulaan di Muar
The Mahabbah bermula operasinya di Muar, menjadi asas kepada perjalanan awal dalam industri gaya hidup Muslim.
2020
Muar, Johor
Menerima Pengiktirafan
Prestasi luar biasa Saudagar Group telah menerima pelbagai pengiktirafan termasuk:
Made For The World Awards 2021
Sustainability & CSR Malaysia Awards 2021
SME MyMalaysia Awards 2021 & Top Young CEO 2021
Consumer’s Choice Awards 2021
Asia International Awards 2021
2021
Perkembangan ke Kuala Lumpur
Saudagar Group berjaya membuka tiga cawangan fizikal:
Setia Alam — Pusat Latihan
TTDI Jaya, Shah Alam — Butik & Tekstil
Muar — Restoran
2022
Muar, Shah Alam, Setia Alam
Beroperasi di Wisma Saudagar, Sepang
The Mahabbah meneruskan langkah lebih besar dengan beroperasi di Wisma Saudagar, Sepang, sebagai pusat pengurusan umrah, haji, muslim tours dan latihan.
2023-2024
Wisma Saudagar, Sepang, Selangor
Lesen MOTAC: Travel Agency Umrah Berdaftar
The Mahabbah memperoleh Lesen MOTAC sebagai Agensi Pelancongan Berdaftar untuk pengendalian Umrah. Ini menandakan komitmen penuh terhadap piawaian keselamatan, integriti dan profesionalisme.
2025
Kementerian Pelancongan Seni & Budaya, Selangor
Umrah Ramadan 2026 Bersama Rabbanī & The Mahabbah
Mengorak langkah baru, The Mahabbah bakal menganjurkan Umrah Ramadan 2026 secara rasmi bersama Rabbanī, membawa pengalaman ibadah yang lebih eksklusif dan terancang.
2026
Mekah Al Mukarramah
Rakan Operasi Premium
Kami mempunyai pelbagai rakan operasi PREMIUM dari bermacam aspek untuk memastikan anda mendapat khidmat mutawwif umrah PREMIUM terbaik dari kami.
Rakan Operasi Utama: